comscore
Tumpuan :
Sukan

SUKMA SARAWAK: Pahang hantar 603 atlet buru 40 pingat emas

Boling padang antara acara yang akan menyaksikan penampilan atlet Pahang. – FOTO: Bowls Pahang/Facebook

KUANTAN: Memastikan atlet bebas daripada sebarang kecederaan yang boleh menjejaskan penyertaan di Sukan Malaysiia (SUKMA) di Sarawak bulan depan, atlet Pahang yang akan terlibat dengan temasya dwi tahunan itu mula direhatkan daripada menyertai sebarang kejohanan ketika ini.

Pengarah Majlis Sukan Pahang (MSP) Zamri Hassan berkata kumpulan pertama atlet akan berlepas ke Sarawak pada 6 Ogos, disusuli pasukan seterusnya pada 15 Ogos, dan persiapan atlet negeri kini berada pada tahap maksimum.

“Atlet yang berlatih di luar negara juga sudah pulang bagi membuat persiapan selebihnya di Pahang,” katanya.

SUKMA ke-21 dari 17 hingga 24 Ogos ini menyaksikan Pahang mempertaruhkan 603 atlet yang akan menyertai 36 acara, masing-masing 327 lelaki dan 276 wanita dengan 50 peratus daripada mereka merupakan atlet baharu.

Zamri berkata lebih 58 warga MSP akan mengiringi kesemua atlet terbabit bagi menguruskan segala keperluan mereka.

Pahang menyasarkan 40 pingat emas pada SUKMA 2024 dalam beberapa acara antaranya menembak, silat, hoki, olahraga dan memanah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini