comscore
Tumpuan :
Sukan

Sukan Wushu terima peruntukan pembangunan lebih RM492,000 dari KBS

Tuanku Muhriz (empat dari kiri) dan Hannah Yeoh (empat dari kanan) bersama atlet wushu yang menerima sijil pencapaian di Seremban petang ini.-FOTO: NSTP

SEREMBAN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan sebanyak RM492,460 untuk pembangunan sukan wushu, tahun ini.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, peruntukan ini dilaksanakan melalui program bakat dan pelapis.

“Ini termasuklah geran bantuan kepada 14 Majlis Sukan Negeri, elaun untuk jurulatih serta sokongan untuk pertandingan dan pengelolaan kejohanan dalam negeri.

“Selain itu, KBS turut meluluskan bantuan penganjuran kejohanan sukan wushu di seluruh negara melalui Geran Padanan Sukan (RM300,000) dan Dana Sukan Komuniti (RM59,000).

“Sebanyak RM214,000 pula diperuntukkan bagi penganjuran lima kejohanan serta RM180,000 untuk program pencarian bakat sukan wushu,” katanya berucap pada Majlis Pengurniaan Sjil Pencapaian Kepada Ahli-Ahli Pasukan Wushu Negeri Sembilan di Dewan NS Chin Woo, di sini, hari ini.

Hannah berkata, KBS merasa bangga kerana peruntukan dan bantuan ini membuahkan hasil dengan pencapaian atlet negara yang memberangsangkan di pentas antarabangsa.

“Apa yang menarik, kini sukan wushu bukan sahaja disertai masyarakat Cina malah boleh dijuarai oleh atlet Melayu. Ini membuktikan bahawa sukan adalah medium perpaduan dan kesefahaman antara rakyat Malaysia,” katanya.

Ketika ditemui media kemudiannya, Hannah berkata wushu antara persatuan paling aktif dalam mencari bakat baharu dan sewajarnya dicontohi oleh persatuan sukan yang lain.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini