comscore
Tumpuan :
Sukan

SUKAN SEA : Terjun sumbangkan emas ke-10 Malaysia

Oleh : Hazreen Mubarak

PHNOM PENH: Malaysia menepati ramalan selaku kuasa besar sukan terjun apabila meraih pingat emas pada hari pertama saingan sukan berkenaan di temasya Sukan SEA Kemboja 2023, pagi tadi.

Ia menyaksikan Kimberly Bong merangkul pingat emas yang juga emas ke-10 kontinjen Malaysia dalam acara 3 meter papan anjal wanita akhir.

Berlangsung di Pusat Akuatik Morodok Techo, Kimberly mengumpul 273.10 dalam 5 terjunan.

– FOTO : REUTERS

Dalam pada itu gangsa dimenangi seorang lagi wakil negara iaitu Ong Ker Ying yang membuat 248.70 mata.

Hanya satu acara terjun dipertandingkan hari ini dengan esok giliran penerjun lelaki beraksi dalam saingan 3 meter papan anjal.

Loading...
Terkini