comscore
Tumpuan :
Sukan

SUKAN SEA : Pegawai silap angkat bendera halang Irfan pecah rekod temasya

PHNOM PENH : Sekalipun dapat mempertahankan pingat emas kali keenam berturut-turut, jaguh lempar cakera negara Muhammad Irfan Shamsuddin tidak dapat menyembunyikan perasaan geramnya akibat dinafikan catatan rekod baharu saingan.

Ini selepas pegawai teknikal tersilap mengangkat bendera merah pada percubaan pertamanya sekaligus membatalkan balingan yang dianggarkan melebihi catatan 59.50 meter (m) dibuat pada 1999.

“Saya marah dekat balingan pertama kerana saya tidak tahu sama ada dia (pegawai teknikal) khayal patut angkat bendera putih tapi tak sedar mengangkat bendera merah. Jadi, balingan pertama adalah rekod Sukan SEA kerana dekat sini akan buang banyak tenaga, jadi balingan pertama adalah sangat penting. Saya sangat kecewa dan marah kerana sudah hilang tumpuan pada balingan kedua dan seterusnya,” luah Irfan selepas saingan.

– FOTO : NSTP

Atlet kelahiran Negeri Sembilan berusia 27 tahun itu melakukan catatan 57.83m yang jauh meninggalkan pencabar lain.

Keputusan itu mengukuhnya dirinya selaku Raja sukan tersebut dengan sejarah tersendiri selama enam edisi sejak 2013 lagi.

Pingat perak menjadi milik atlet Thailand, Kiadpradid Srisai menerusi 51.89m diikuti Bandit Singhatongkul juga dari Thailand yang meraih gangsa dengan 50.02m.

Loading...
Terkini