comscore
Tumpuan :
Sukan

SUKAN SEA : Malaysia tuai 4 Emas, 8 Perak, 6 Gangsa hari ini [KEMASKINI]

[Kemaskini setakat setakat jam 10 malam]

Malaysia meraih sebanyak 6 emas, 10 perak dan 13 gangsa pada hari kedua temasya Sukan SEA 2023.


[Setakat setakat jam 9 malam]

PHNOM PENH: Malaysia bermula baik pada hari kedua saingan melibatkan atlet negara hari ini apabila menuai 4 emas, 8 perak dan 6 gangsa.

Skuad karate menampilkan aksi cemerlang apabila menghadiahkan dua kilauan emas buat kontinjen negara menerusi Sureeya Hari Sankar dan R.Sharmendran dalam kategori Kumite lelaki bawah 60kg dan 75kg.

Dua lagi pingat emas dari pencak silat bagi kategori seni silat Ganda Putera, Muhammad Danial Azray dan Muhammad Danial Azrol serta sukan petanque menerusi Saiful Bahri Musmin dalam acara perseorangan lelaki.

Enam perak diraih Malaysia menerusi lari berhalangan bagi kategori pasukan lelaki berganti-ganti, kriket lelaki bagi acara 50-overs, E-sukan bagi acara ‘Attack Online 2’ berpasukan lelaki, Sepak takraw bagi kategori lelaki dalam acara chinlone, pencak silat bagi kategori seni silat Tunggal Putera dan Puteri, Muhammad Khairul Shaddad Ardi dan Nur Syafiqah Hamzah serta pasukan hoki dalam dewan lelaki dan wanita.

Manakala bagi pingat gangsa pula, pasukan wanita berganti-ganti bagi lari berhalangan, Karate Kumite bagi lelaki individu bawah 84kg, Muhammad Arif Affifuddin serta Kumite wanita bawah 55kg dan 61kg, P. Madhuri dan Siti Nur Azwani Nor Azli dan Pencak Silat bagi kategori seni silatt Ganda Puteri, Nur Sarafina Hikma Jailani dan Nur Shahida Mohd Sharim, serta acara renang 4x200m Gaya bebas berganti-ganti lelaki.

 


 

Loading...
Terkini