PHNOM PENH : Debaran menunggu siapakah yang mampu memberikan keceriaan kepada kontinjen negara di hari ke-11 Sukan SEA terjawab apabila sukan tarian ‘dancesport’ memenangi pingat emas ke-31 Malaysia.
Acara terakhir Kompleks Sukan Stadium Nasional Morodok Techo itu memberikan tuah kepada Sam Jee Lek atau nama panggilannya Lego Sam yang mengungguli saingan ‘breaking (b-boy)’ lelaki.
![](https://media.buletintv3.my/2023/05/twAg9M72-PP-CMS_DK-8.jpg)
Kejayaan itu membolehkan atlet berusia 28 tahun itu menamatkan penantian emas kontinjen negara sejak pagi lagi, selepas kecundangnya beberapa atlet lain.
Lego Sam merupakan pemenang terakhir semasa acara tersebut dipertandingkan di Sukan SEA 2019 di Filipina sekaligus mempertahankan kemenangannya.