comscore
Tumpuan :
Sukan

SUKAN SEA : Hoe Yean hadiahkan emas pertama acara renang

PHNOM PENH : Khiew Hoe Yean tampil dengan renangan bertenaga di Pusat Akuatik Morodok Techo untuk menghadiahkan pingat emas pertama dalam acara renang selepas mengungguli acara 200m gaya bebas.

Dia mempertahankan emas yang turut dimenanginya di Hanoi selepas merakam catatan 1:48.91 saat (s) pada aksi final yang berlangsung semalam.

Perenang berusia 21 tahun itu mengetepikan cabaran atlet Thailand, Dulyawat Kaewsriyong yang mencatat masa 1:49.29s, manakala gangsa milik Nguyen Huy Hoang dari Vietnam.

– FOTO : REUTERS

Hoe Yean menjelaskan bahawa dia memberi fokus untuk melakukan terbaik pada acara itu dan gembira apabila dapat mempertahankan pingat emas.

“Saya melakukan usaha lebih 100 peratus dan hari ini saya fokus untuk memberikan yang terbaik. Saya berjaya raih emas, jadi saya boleh fokus untuk acara lain selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Phee Jinq En sekali lagi terpaksa berpuas hati dengan perak dalam acara 100 meter kuak dada wanita selepas melakar pencapaian sama pada Sukan SEA Vietnam, tahun lalu

Loading...
Terkini