Tumpuan :
Sukan

SUKAN SEA : Grace raih emas ke-7 Malaysia

Oleh : Hazreen Mubarak

PHNOM PENH: Jaguh baling tukul besi wanita negara, Grace Wong menyumbang pingat emas ke-7 Malaysia di temasya Sukan SEA Kemboja, pagi tadi.

Grace membuat balingan terbaik 61.87 meter untuk menewaskan 8 pencabar lain.

Lebih manis, rakan sepasukan, Nurul Hidayah Lukman melengkapkan kedudukan podium dengan meraih pingat gangsa pada aksi di Stadium Nasional Morodok Techo.

Loading...
Terkini