PHNOM PENH: Kecemerlangan atlet negara makin menjadi di sebelah petang hari terakhir Sukan SEA edisi ke-32 apabila Malaysia memperoleh pingat emas ke-33 keseluruhan.
Kilauan warna ketiga tersebut hari ini datang dari sukan kickboxing yang menampilkan Ahmad Nor Iman Hakim Rakib menentang Muharram Syach Firman dari Indonesia.
Ahmad Nor Iman Hakim menghabiskan pusingan acara ‘kick light’ 69 kilogram (kg) di Kompleks Sukan Stadium Nasional Morodok Techo dengan keputusan 2-1 mengecewakan lawan sekaligus mengesahkan kemenangan emas milik Malaysia.
Ironinya atlet berusia 23 tahun itu sebelum ini merupakan pemenang pingat perak taekwondo bantamweight pada temasya di Manila pada 2019 dan gangsa di Hanoi tahun lalu.
Namun beliau kemudian memilih muaythai bagi menjejaki adiknya Ahmad Nor Iman Aliff yang dikalungkan emas 54 kg pada 2022.
Disebabkan Kemboja mengugurkan muay kali ini, ia memaksa Ahmad Nor Iman Hakim menyertai kickboxing memandangkan masih mempunyai beberapa persamaan teknik dengan taekwondo yang memudahkannya mengadaptasi pertarungan.