Tumpuan :
Sukan

[VIDEO] Sukan Para ASEAN: Upacara pembukaan rasmi meriah, sambut kedatangan 2000 atlet para bertanding di edisi ke-12 APG

 

PHNOM PENH: Perjuangan kontinjen negara kian bersemarak apabila Sukan Para Asean (APG) 2023 Kemboja dibuka dengan meriah.

Perasmian temasya edisi ke-12 diadakan di Stadium Nasional Morodok Techo, yang memukau penonton sebagai tarikan dan sokongan pembakar semangat atlet para berjuang hingga Jumaat nanti.

Foto : Majlis Sukan Negara Malaysia / Facebook

Bertemakan ‘Sports: Live In Peace’, Kemboja selaku tuan rumah unggul mempersembahkan acara bunga api berwarna warni yang memukau kira-kira 70,000 penonton, selain turut menghidangkan persembahan seni mempertahankan diri menarik iaitu Khmer Heart yang berasal dari negara Asia Tenggara itu sendiri.

Foto : Majlis Sukan Negara Malaysia / Facebook

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, seterusnya mengisytiharkan perasmian APG, menandakan saingan selama seminggu bermula secara rasmi dengan penyertaan 11 negara.

Perarakan kontinjen Malaysia, terdiri daripada 34 atlet dan 14 pegawai, diketuai oleh Chef-de-Mission, Noor Syahieda Mat Shah dan atlet boccia (BC1- kecatatan fizikal) Angeline Melissa Lawas yang menggalas tugas sebagai pembawa Jalur Gemilang.

Foto : Majlis Sukan Negara Malaysia / Facebook

Malaysia menjadi negara keempat berarak masuk dengan memakai jaket berwarna kuning-hitam dan seluar trek yang mempunyai logo Jalur Gemilang.

Malaysia menyandarkan harapan negara kepada 144 atlet, dengan 62 atlet atau 43 peratus daripadanya kali pertama menyertai temasya edisi ke-12 itu.

Kemboja mengalu-alukan penyertaan 2,000 atlet ‘istimewa’ di temasya kali ini.

Loading...
Terkini