PHNOM PENH: Kontinjen negara menuai kilauan emas sulung di Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Kemboja hari ini.
Fraidden Dawan yang beraksi dalam sukan renang acara 400 meter (m) gaya bebas S10 mengakhiri saingan akhir di tempat pertama.
Beliau mencatat 4 minit 52.60 saat sekaligus mengatasi perenang Indonesia di tempat kedua manakala wakil Vietnam ketiga.
Fraidden menaiki podium emas pertama negara di Kompleks Sukan Stadium Nasional Morodok Techo, dengan Malaysia turut meraih pingat perak dalam acara 400 m gaya bebas S8 lelaki menerusi Rusdianto Rusmadi.