Tumpuan :
Sukan

Sukan PARA ASEAN 2023 : Skuad renang para negara tutup aksi di kolam dengan jumlah 25 pingat emas

PHNOM PENH: Skuad renang para negara boleh tersenyum lebar dan berbangga selepas kejayaan meraih sebanyak 26 pingat emas pada temasya Sukan Para Asean di Kemboja ini.

Paling menonjol, sudah tentulah kelibat Abdul Halim Mohammad yang berjaya merangkul 5 pingat emas, menguasai acara 100m kuak dada, 100m gaya bebas, 200m rampaian individu, 50m kuak dada dan 50m gaya bebas bagi kategori S8.

“Saya datang sini hanya sasarkan dua pingat emas, yang lain itu dikira nonus, lagi yang saya tak sangka tu acara yang saya sertai semalam, 200m rampaian i dividu, itu kali pertama saya ambil bahagian dan untuk hari ini punya pingat emas, acara 50m gaya bebas, itu memang saya tahu boleh menang, saya cuma sasarkan catatan terbaik.

“Pencapaian saya sangat gembira, saya nak berterima kasih kepada Majlis Sukan Negara (MSN), Majlis Sukan Negeri Sabah, Institut Sukan Negara (ISN) dan tidak lupa juga kepada keluarga saya, paling utama jurulatih saya, Eva Wong, dan juga pasukan,” katanya.

Imaan Aiman Redzuan turut cemerlang dengan 4 emas

Selain Halim, kelibat Muhd Imaan Aiman Redzuan turut mencuri tumpuan selepas kejayaan merangkul 4 pingat emas dalam acara 100m kuak lentang, 100m kuak kupu-kupu, 50m kuak lentang dan 4x100m rampaian untuk kelas S14.

Muhd Nur Syaiful Zulkafli, Bryan Lau Sze Kai, Mohd Adib Iqbal Abdullah, Fraidden Dawan dan perenang wanita, Carmen Lim masing-masing turut meraih 3 pingat emas.

Yang jelas, kejayaan besar yang dilakar skuad renang para negara ini pasti mahu diteruskan kesinambungannya menuju ke temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 yang dijadualkan berlangsung bermula 28 Ogos hingga 8 September tahun depan.

Loading...
Terkini