comscore
Tumpuan :
Sukan

Sukan Olimpik 2024: Durian runtuh tambahan menanti pemenang emas pertama negara di Paris

BUKIT JALIL: Rumah pangsapuri mewah dan wang tunai menjadi ganjaran terkini kepada pemenang pingat emas pertama kontinjen negara di Sukan Olimpik 2024.

Berita gembira itu diumumkan Kementerian Belia dan Sukan menerusi Program Road To Gold (RTG) hari ini.

Hadiah rumah pangsapuri mewah disumbangkan syarikat swasta bernilai lebih RM 1 juta berlokasi di Puncak Alam, Selangor kepada mana-mana atlet yang berjaya memenangi kilauan emas pertama Malaysia nanti.

Syarikat rangkaian elektrik pula menawarkan wang tunai RM 1 juta kepada tiga pemain badminton hasil program pembangunan mereka, Aaron Chia, Soh Wooi Yik dan Chen Tang Jie sekiranya menaiki podium juara.

“Inisiatif ini bukan sekadar ganjaran barangan, tetapi juga simbol sokongan syarikat korporat terhadap kecemerlangan sukan negara,” jelas Hannah Yeoh.

Beliau turut memaklumkan sekretariat RTG diketuai Datuk Stuart Ramalingam sedang berbincang lagi dengan beberapa syarikat swasta yang turut berminat memberikan perhargaan kepada atlet sebagai rangsangan membawa pulang pingat emas di temasya terbesar dunia itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini