comscore
Tumpuan :
Sukan

SUKAN: HOKI – Malaysia mudah atasi Mesir

BUKIT JALIL: Malaysia menepati ramalan untuk mara ke penentuan klasifikasi 9/12 selepas mengatasi Mesir menerusi kemenangan 4-1 pada aksi penentuan klasifikasi 9/16 yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil jam 9 pagi tadi.

Segalanya bermula cukup baik buat skuad Young Tigers apabila Mohammad Harris Iskandar Osman membuka jaringan menerusi gol padang pada minit ke 8.

Memasuki minit ke 16, Malaysia berjaya menggandakan jaringan, kali ini menerusi gol sudut penalti Muhamad Fariz Harizan.

2-0 tamat separuh masa, rentak permainan Young Tigers semakin garang bersambung suku ketiga.

Cuma enam peluang sudut penalti yang diterima tidak dimanfaat sebaiknya selepas hanya berjaya menambah satu gol menerusi sentuhan Muhammad Danish Aiman Khairul Anuar yang menyempurnakan pukulan sudut penaltu pada minit ke 44.

Suku keempat, lebih banyak pukulan sudut penalti di cipta Malaysia, bagaimanapun, dari 8 peluang terhidang, skuad Young Tigers sekadar menambah satu gol menerusi penyudah Che Nur Aqilrullah Che Mohd Khairulzi pada minit ke 50.

Mesir pula sempat untuk mendapatkan gol saguhati menerusi jaringan Basel Abdelmonem ketika permainan berbaki seminit sebelum perlawanan berakhir dengan keputusan 4-1 memihak Malaysia.

Dengan kemenangan yang diraih, Malaysia akan meneruskan cabaran ke saingan penentuan klasifikasi 9/12 Rabu nanti, bakal berdepan pemenang antara Belgium yang bertemu Kanada.

Loading...
Terkini