Tumpuan :
Sukan

SUKAN ASIA: Fasa pertandingan semakin hampir, atlet dinasihat jaga diri

BUKIT JALIL: Tinggal 11 sahaja lagi sebelum Sukan Asia ke-19 bermula, kontinjen negara diharap menitik beratkan keadaan mereka.

Ketua Kontinjen Datuk Chong Kim Fatt menggesa barisan atlet lebih serius memberikan tumpuan kepada temasya dalam masa sama menghindari perkara-perkara yang boleh mendatangkan mudarat kepada mereka seperti media sosial dan sebagainya.

“Jangan pergi tengok Instagram atau pergi tengok komen di Facebook, ada yang marah ke kritik ke nanti akan jejaskan emosi. Untuk atlet, kita nak sampaikan satu semangat yang kita bukan pergi melawat, ini penting, semangat untuk atlet menyasarkan memenangi emas,” kata Datuk Kim Fatt semasa melawat persiapan atlet gimnastik di pusat latihan hari ini.

Beliau juga mengharapkan, tiada masalah kecederaan atau perkara-perkara negatif membelenggu atlet di fasa akhir persediaan ke Hangzhou.

Tambahnya lagi, negara China telah bersedia menyambut kedatangan negara mengambil bahagian dengan pelbagai inisiatif disamping suasana terbaik di venue sukan sekaligus menyuntik semangat bertanding dikalangan atlet.

Kontinjen Malaysia dianggotai seramai 289 atlet yang bertarung dalam 22 jenis sukan dan diiringi 145 pegawai menjadikan kesemuanya berjumlah 434 orang.

Loading...
Terkini