comscore
Tumpuan :
Sukan

Stadium Titiwangsa semakin hampir jadi stadium khas sepak takraw

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia, Juan Aranols ketika majlis Penyerahan Insentif kepada kepada atlet Olimpik dan Paralimpik Malaysia bagi Paris 2024 di Aurum, TRX semalam. -Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Impian Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) untuk menjadikan Stadium Titiwangsa sebagai stadium khas sukan sepak takraw bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata PSM menerusi Presidennya, Datuk Sumali Reduan mengadakan pertemuan dengannya baru-baru ini bagi membincangkan perkara berkenaan.

“PSM dalam pertemuan itu meminta dua perkara dan salah satunya adalah mereka mahu Stadium Titiwangsa di Kuala Lumpur dinamakan khas sebagai stadium sepak takraw.

“Saya akan bawa permintaan mereka (PSM) apabila saya mengadakan perjumpaan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu nanti.

“Tarikh perjumpaan dengan Datuk Bandar sudah pun ada. Jadi saya akan mengemaskini semula apa yang diperoleh daripada mesyuarat itu selepas perjumpaan itu nanti,” kata Hannah.

Selain perkara membabitkan stadium, Hannah berkata PSM turut meminta supaya kementeriannya dapat menjalinkan kerjasama dengan persatuan itu untuk memperkasakan sukan sepak takraw di peringkat akar umbi khususnya kepada golongan orang asli.

“Menerusi PSM, kita dimaklumkan yang ramai orang asli minat sukan sepak takraw jadi menerusi MSN (Majlis Sukan Negara) dan program-program di bawah KBS menerusi JBSN (Jabatan Belia dan Sukan Negara), kita nak buat banyak lagi klinik sepak takraw,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini