comscore
Tumpuan :
Sukan

Stadium Nasional Bukit Jalil bakal tampil imej baharu

Foto:Harimau Malaya/ Facebook

PETALING JAYA: Selepas ditutup untuk memulakan kerja-kerja baik pulih pada 15 Jun 2022, Stadium Nasional Bukit Jalil bakal  tampil dengan  ‘wajah baharu’ pada Khamis ini.

Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Hans Isaac berkata perasmian venue yang tampil dengan rumput baharu jenis Zeon Zoysia dan kemudahan ditambah baik, akan disempurnakan oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

“PSM dan pihak yang kami lantik dalam fasa persiapan akhir, setiap detik amat berharga. Kami tak boleh nak maklumkan banyak sangat kerana pelancarannya akan dibuat Khamis ini.

“Kita ada buat saliran baharu, naik taraf pengemasan, tandas, tempat solat macam-macam lagi dibuat jadi kita harus tunggu pada pelancaran itu nanti,” katanya kepada pihak media hari ini.

Menurut Hans, skuad Harimau Malaya akan menjadi pasukan pertama merasmikan padang baharu dengan skuad kendalian Kim Pan Gon bakal berdepan India, Jumaat ini dalam aksi pertama Pestabola Merdeka 2023.

“Kami teruja untuk pasukan negara (berdepan India) dan (skuad negara) akan jadi pasukan pertama menggunakan rumput (Zeon Zoysia) ini (di SNBJ). Ini merupakan tanggungjawab PSM dari segi persiapan buat penyokong,” tambahnya.

SNBJ menjalani proses penggantian rumput jenis Zeon Zoysia menggantikan rumput jenis Cow Grass sejak April lalu, dianggarkan mencecah kos sehingga RM1.4 juta yang ditaja oleh Tunku Ismail.

Loading...
Terkini