![](https://media.buletintv3.my/2023/12/EdkjLApX-BULETIN-TV3.jpg)
ALOR SETAR: Stadium Darul Aman (SDA) yang juga stadium keramat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mencatatkan jualan tiket Liga Malaysia tahun ini RM2.6 juta.
Menurut media rasmi KDA FC, stadium berkapasiti 24,644 tempat duduk itu mencatatkan rekod penjualan tiket tertinggi pada perlawanan pertama Sang Kenari di laman sendiri pada 1 Mac dan perlawanan terakhirnya musim 2023 pada 2 Disember lalu.
“Penjualan tiket tertinggi iaitu 20,933 tiket dicatatkan ketika melayan Terengganu FC (TFC) pada 1 Mac lalu ketika Sang Kenari menampilkan ramai bintang baharu di dalam pasukan musim ini.
“Manakala rekod kedua jualan tiket tertinggi adalah 20,894 tiket ketika melayan Selangor FC pada 2 Disember lalu iaitu aksi terakhir di laman sendiri dan perebutan tempat kedua Liga Super.
“Secara keseluruhannya jumlah jualan tiket mencecah 135,352 keping dengan kutipan RM2.6 juta dengan purata jumlah jualan tiket bagi setiap perlawanan adalah 8,459 keping.
“Ia membabitkan 16 perlawanan iaitu 13 perlawanan Liga Super dan masing-masing satu perlawanan untuk Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Cabaran,” kata kenyataan itu.