comscore
Tumpuan :
Sukan

Stadium Bukit Jalil kekal venue aksi Harimau Malaya-Republik Kyrgyz

Stadium Nasional Bukit Jalil

KELANA JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengesahkan secara rasmi perlawanan pertama Kumpulan D, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Republik Kyrgyz akan kekal dilangsungkan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Perlawanan dijadualkan pada Khamis, 16 November 2023 jam 9.00 malam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan FAM hari ini, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, ketetapan itu dibuat selepas sesi pemeriksaan dan penilaian keadaan terkini padang di stadium berkenaan pada Khamis lalu.

Turut serta pada sesi itu adalah Presiden FAM, Datuk Hamidin Amin, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac serta ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan Gon.

Menurut PSM, pihak konsultan teknikal serta kontraktor telah memaklumkan bahawa padang berkenaan kini dalam keadaan yang lebih baik berbanding ketika Pestabola Merdeka bulan lalu dan telah bersedia untuk digunakan pada 16 November depan.

Selain itu, keputusan untuk kekal bermain di Stadium Nasional juga selepas mengambil kira faktor kemudahan untuk penyokong Harimau Malaysa hadir memberi sokongan.

Semalam, Pan Gon turut mengeluarkan kenyataan yang mahukan aksi menentang Republik Kyrgyz kekal di Stadium Nasional.

Dengan itu kata Noor Azman, segala persiapan menjelang perlawanan tersebut akan terus dipergiatkan bagi memastikan kelancarannya.

Loading...
Terkini