Tumpuan :
Sukan

Sri Pahang beraksi tanpa Kpah Sherman, Hidalgo di final

FOTO: Sri Pahang FC

Oleh: Syakirah Zulkifly

TEMERLOH: Sri Pahang FC bakal kehilangan khidmat seorang lagi tonggak penyerang, Kpah Sherman di saingan akhir Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dijangka berlangsung pada hujung April depan.

Pemain kelahiran Liberia itu terpaksa diketepikan kerana digantung perlawanan selepas menerima kad kuning kedua pada perlawanan timbal balik separuh akhir Piala Malaysia berdepan Sabah FC di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh semalam.

Sherman menjadi wira dalam saingan itu selepas jaringgannya pada masa tambahan berjaya membawa skuad Tok Gajah mara ke final selepas terikat 1-1 dalam 90 minit masa sebenar.

Sri pahang FC kembali ke pentas final kejohanan tertua Asia itu selepas 11 tahun menerusi kemenangan agregate 3-2 ke atas skuad The Rhinos.

Ketiadaan Sherman itu diakui pengendali Tok Gajah, Fandi Ahmad dan berharap keputusan tersebut dapat dirayu bagi membolehkan pemain import berkenaan beraksi di pentas final.

“(Tugas) berat ini. Kita ada dua penggantungan pemain sekarang. Kpah (Sherman) kena kad kuning kedua. Kita nak cuba buat satu rayuan”

“Kita pasti merayu, kita akan usahakan. Sebab dia bermain dari awal hingga akhir ini. Kalau tak main di final, tak cantiklah’” katanya ketika sidang media selepas perlawanan.

Selain Sherman, skuad kendalian Fandi Ahmad itu juga akan turun tanpa Manuel Hidalgo yang lebih awal digantung susulan menerima kad merah pada aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Likas, Kota Kinabalu 18 Januari lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini