Tumpuan :
Sukan

SRG mulakan kempen musim baharu 2025 dengan langkah kanan

Oleh: Al Shaiful Nazib Talib

KUALA LUMPUR: Selangor Red Giants (SRG) merakam kemenangan pertama dengan menumpaskan pasukan See You Soon (SYS) dari Kemboja menerusi kemenangan 2-0 pada aksi pembukaan kumpulan A Kejohanan Mobile Legends Bang Bang Snapdragon Pro Series Challenge Finals (ESL) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.

SRG yang menjadi wakil tunggal negara dalam saingan akhir ESL tampil mengekalkan barisan sama seperti musim lalu diketuai Muhd Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (Yums), Muhd Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), Haziq Danish Mohd Rizwan (Stormie) dan dua pemain import, Mark Genzon Sojero Rusiana (Kramm) dan John Vincent Banal (Innocent).

Bermain format ‘best of three’ SRG bermula dengan cukup baik, menguasai awal permainan ‘game’ pertama menentang pasukan See You Soon, SYS.

Innocentbyang menggunakan hero ‘Harith’ jelas berada dalam kelas tersendiri, mendapatkan 5 ‘kills’ buat dirinya dan hanya lebih kurang 14 minit masa yang diambil SRG untuk mengutip kemenangan pertama dengan Kramm yang menggunakan hero ‘Badang’ meraih gelaran MVP.

‘Game’ kedua, kebangkitan cuba dilakukan SYS menerusi pemilihan hero yang lebih baik.

Namun, seperti ‘game’ pertama, kawalan lebih kemas disajikan SRG dengan SYS sukar untuk mencipta gerakan.

Kali ini,, Innocent dengan hero ‘Moskov’ paling menonjol, menyaksikan SRG menutup aksi dalam tempoh kurang 12 minit untuk menoktahkan kemenangan 2-0 ke atas SYS.

Petang ini, SRG akan turun beraksi lagi, kali ini berdepan dengan wakil Singapura, Team Flash.

Saingan ESL musim keenam ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah USD150,000.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini