Tumpuan :
Sukan

SRG menang, sertai Team Vamos dalam kumpulan ‘Mid 1-1’

Oleh: Al Shaiful Nazib Talib

KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan Team Vamos merakam kemenangan hari ini, kejayaan sama turut dilakar Selangor Red Giants pada aksi pusingan kedua ‘Swiss Stage’ Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang (MLBB M6) hari ini.

Ia bagai aksi balas dendam selepas kekalahan kepada pasukan S2G Esports semalam dengan SRG berjaya mengatasi satu lagi wakil Turkiye, ULFHEDNAR.

Membariskan Muhd Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (Yums), Muhd Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), Haziq Danish Mohd Rizwan (Stormie) dan dua pemain import, Mark Genzon Sojero Rusiana (Kramm) dan John Vincent Banal (Innocent) selain pemain simpanan, Ilman Zareef Zulkifli (Gojes), SRG berdepan sedikit kesukaran pada peringkat ‘drafting’.

Sekys

Dapat mengunci hero ‘Bruno’ buat Innocent, Sekys pula memilih untuk menggunakan hero ‘Fredrin’ di bahagian ‘jungle’.

Dan seperti dijangka, tekanan awal diterima SRG dengan ULFHEDNAR terus mengasak sejak dari awal sehinggalah selepas Sekys berjaya mendapatkan ‘Turtle’.

Innocent

Ia bagai petanda kebangkitan pasukan SRG dengan Innocent juga sudah mula mendapatkan ‘power spike’ dengan hero ‘Bruno’ di bahagian ‘Gold Lane’.

Serangan bertali arus terus dilancarkan SRG dengan Innocent cukup cemerlang meratah pasukan ULFHEDNAR, berjaya mendapatkan 9 ‘kills’ tanpa sebarang kematian.

Dan menghampiri 15 minit pertarungan, kristal pasukan ULFHEDNAR berjaya dimusnahkan memberi petanda, SRG gah mendapatkan kemenangan pertama.

“Sangat gembira kerana kami dapat memenangi perlawanan hari ini, jadi, sangat melegakan.

“Ada sedikit kesalahan kecil berlaku dalam perlawanan semalam, jadi kami cuba perbaikinya hari ini, selepas kekalahan semalam, kami terus menjalani latihan dan kami bersama jurulatih berjaga sehingga jam 4 pagi”, kata Haziq Danish atau Stormie selepas perlawanan.

Coach Arcadia

Kejayaan mencatat satu menang dan satu kalah meletakkan SRG dalam kumpulan ‘Mid 1-1’ bersama satu lagi pasukan negara, Team Vamos, sekaligus menyalakan kemungkinan untuk kedua-dua pasukan negara diundi bertemu sesama sendiri untuk pusingan ketiga ‘Swiss Stage’ esok.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini