Tumpuan :
Sukan

Spurs ikat United selepas ketinggalan

FOTO: Reuters

LONDON: Tottenham Hotspur bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat keputusan seri 2-2 dengan Manchester United dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Keputusan di Stadium Tottenham Hotspur itu membolehkan pasukan pelawat kini mengukuhkan kedudukan di tangga keempat liga.

United kini berkelebihan enam mata daripada Spurs yang berada di tangga kelima dengan berbekalkan dua perlawanan dalam tangan dan ia menamatkan harapan skuad dari London itu untuk mara ke Liga Juara-Juara musim depan.

Jadon Sancho dan Marcus Rashford meletakkan United mendahului 2-0 pada babak pertama namun jaringan Pedro Porro dan Son Heung-min selepas rehat menyelamatkan keputusan seri buat Tottenham.

“Sudah tentu apabila kamu berada di depan 2-0 dan kemudian kamu sedikit kecewa apabila meraih keputusan seri,” kata pengurus United, Erik ten Hag. “Kami memperoleh peluang selepas 2-1 untuk menjaringkan gol… dan kami tidak (memanfaatkan) dan kami melepaskan gol. Saya fikir pada minggu ini, 2-2 adalah keputusan seri yang baik.”

Segelintir penyokong melakukan protes ke atas pengerusi Spurs, Daniel Levy di luar stadium sebelum perlawanan dan mereka melaungkan ‘kami mahu Levy keluar’ selepas pasukan tercicir di belakang United dalam perlawanan yang menyaksikan mereka dimalukan 6-1 oleh Newcastle United.

Suasana terus menjadi suram selepas Sancho menjaringkan gol pada minit ketujuh apabila penyerang itu menjaringkan gol yang dikawal Fraser Forster.

Sancho hampir menambah jaringan United pada minit ke-19 namun percubaannya berjaya dinafikan Ivan Perisic.

Rashford kemudian menjadikan keputusan kepada 2-0 hanya sebelum waktu rehat babak pertama sebelum bek Tottenham, Porro kembali menghidupkan peluang tuan rumah pada minit ke-56.

Bruno Fernandes hampir menjadikan keputusan kepada 3-1 namun rembatannya melepasi gawang.

“Sudah tentu (mengecewakan), tetapi jangan meletakkan kesalahan kepada seorang pemain saja,” kata Ten Hag. “Kami tidak cukup klinikal dan saya fikir kami perlu menjaringkan lebih banyak gol.

“Gol yang kami lepaskan adalah terlalu mudah dan kami boleh mengelaknya.”

Spurs turut memperoleh beberapa peluang dan Son menjadikan keputusan muktamad kepada 2-2 pada minit ke-79 bagi membolehkan pasukan meraih satu mata berharga.

“Saya gembira dengan reaksi diterima dan pada babak kedua, kami menakjubkan termasuk karakter dipamerkan selepas Ahad lalu dan selepas ketinggalan dua gol,” kata Ryan Mason selepas mengambilalih tugas sebagai pengendali sementara pasukan Spurs.

Loading...
Terkini