Tumpuan :
Sukan

Soon Huat-Shevon mara ke suku akhir

Goh Soon Huat-Shevon Lai di Terbuka India. FOTO: Ihsan BAM

KUALA LUMPUR: Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai berjaya meneruskan kemaraan ke suku akhir Terbuka India selepas menewaskan wakil Jepun, Yuta Watanabe-Maya Taguchi.

Bagaimanapun, kejayaan itu tidak hadir dengan mudah apabila pilihan keempat kejohanan itu terpaksa bertarung tiga set 21-10, 19-21, 21-16 dalam masa 59 minit.

Bermula agak baik di set pertama untuk mendapatkan mata demi mata dan menjarakkan kedudukan lebih jauh namun lawan mereka, Watanabe-Taguchi kembali bangkit di set kedua untuk mengheret permainan ke rubber set.

Di set ketiga, kedua-dua pasangan dilihat beraksi lebih baik apabila kedudukan saling bertukar sehingga 14-14 sebelum Soon Huat-Shevon bijak mengambil kesempatan untuk terus menjarakkan mata dan menang perlawanan itu untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

Menanti mereka esok sama ada wakil tuan rumah, Ashith Surya-Amrutha Pramuthesh atau pilihan kelima dari Taiwan, Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini