ALOR SETAR: Kapten Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Sony Norde sah meninggalkan pasukan menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak pengurusan KDA FC sebentar tadi.
Pengumuman dibuat pengurusan KDA FC yang turut merakam ucapan penghargaan buat pemain import kelahiran Haiti itu sepanjang kerjayanya bersama Sang Kenari sejak musim lalu.
“Pihak pemilik, ahli lembaga pengarah dan pengurusan Kedah Darul Aman FC ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Sony Norde atas segala sumbangan dan dedikasi yang diberikan sepanjang beliau bersama pasukan.
“Kehadiran beliau bukan sahaja membawa impak besar di atas padang tetapi juga meninggalkan kenangan dan kesan yang amat bermakna kepada seluruh rakan sepasukan dan penyokong Sang Kenari.
“Komitmen serta daya kepimpinan yang tinggi sebagai ketua pasukan sejak berada didalam pasukan sepanjang musim ini amatlah sukar dicari ganti dan jasa serta pengorbanan beliau akan sentiasa dikenang sebagai sebahagian daripada sejarah pasukan ini,” katanya.
Turut dimaklumkan, Sony yang memiliki pengalaman luas dalam Liga Malaysia (Liga M) sejak musim 2020 bersama Melaka United (MUFC) dan kemudian bersama Terengganu FC (TFC) pada musim 2023 dan musim 2024 bersama Kedah, bakal mengembangkan bakatnya di luar liga Malaysia.
Terdahulu media melaporkan itu dilamar kelab Malut United FC (MUFC) untuk bersaing dalam Liga 1 Indonesia pada musim depan dan difahamkan dia bakal menandatangi kontrak rasmi bersama kelab itu sebaik tiba di Indonesia nanti.
Sukan
Sony Norde sah tinggalkan Kedah
Loading...
Terkini