comscore
Tumpuan :
Sukan

Skuad wanita 3X3 gagal ke final

KUALA LUMPUR: Skuad wanita negara terlepas peluang mara ke peringkat akhir Kejohanan Bola Keranjang 3X3 FIBA Asia 2024 yang masuk siri ketiga, petang tadi.

Dalam saingan kelayakan Malaysia yang diwakili Adila Shahira Juraimi, Yee Wong Chah, Chong Hui Lin dan Emily Tan Qiyi merakam 1 keputusan menang dan 1 kalah.

Pada perlawanan pertama Malaysia mudah mengatasi Qatar dengan kemenangan besar 21-9.

Namun momentum itu gagal diteruskan apabila tewas tipis 11-13 di tangan Singapura dalam format teknikal 10 minit masa permainan.

New Zealand muncul juara hatrik selepas menewaskan Singapura pada perlawanan akhir dengan catatan 15-13.

Selepas berehat selama sehari, tiga lagi pusingan bersambung  Jumaat hingga Ahad ini.

Sebagai rekod  kejohanan ini menawarkan satu  slot automatik bagi kategori lelaki dan wanita ke saingan Piala Dunia FIBA 3X3 2024 yang dijadualkan berlangsung di Ulaanbaatar, Mongolia pada 11 hingga 15 September depan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini