Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin
HAPPY VALLEY: Momentum cemerlang terus dilakar pemain skuasy negara apabila melepasi halangan suku akhir Kejuaraan Dunia Berpasukan hari ini.
Skuad bimbingan Andrew Cross itu tampil mantap dengan menumbangkan juara tujuh kali England 2-0 bertempat di Hong Kong Football Club.
S. Sivasangari lega memberikan mata pertama hasil keputusan 3-1 menerusi kebangkitan 4-11, 11-7, 11-8 dan 11-6 dalam tempoh 40 minit.
Pemain kedua yang beraksi Aira Azman kemudian mengesahkan kemaraan Malaysia juga dengan permainan empat set hasil catatan 5-11, 13-11, 11-7, dan 11-6 ke atas Lucy Beecroft.
Kedudukan tersebut memadai tanpa seorang lagi pemain Rachel Arnold bertembung Jasmine Hutton yang diletak pada perlawanan ketiga.
Di separuh akhir esok, Malaysia menanti pemenang diantara India atau Amerika Syarikat.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.