comscore
Tumpuan :
Sukan

Skuad negara lengkapkan kempen AFF atasi Timor Leste

Foto: Facebook Football Association of Malaysia / Facebook

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

NAKHON RATCHASIMA: Pasukan futsal kebangsaan merakam kemenangan kedua di Kejuaraan ASEAN 2024 dengan menewaskan Timor Leste.

Anak buah Rakphol Sainetngam itu menghasilkan satu gol pada setiap babak menerusi penyudah Syahir Iqbal Khan Akbar Khan minit (m) ketiga disusuli Awalluddin Mat Nawi m-29.

Kemenangan di Terminal 21 Korat itu petang tadi bagaimanapun hanya mampu meletakkan Malaysia di kedudukan ketiga kumpulan A dengan mengumpul enam mata.

Hanya dua pasukan teratas meraih slot ke separuh akhir iaitu rumah Thailand dan Vietnam yang bakal berentap menentukan posisi juara dan naib juara kumpulan malam ini.

Semalam, skuad negara tumpas 1-3 kepada skuad Gajah Perang itu sekaligus melenyapkan peluang melangkah jauh.

Ia merupakan kegagalan ke separuh akhir kali ketiga berturut-turut, seperti dialami pada edisi 2019 di Vietnam dan 2022 di Bangkok.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini