comscore
Tumpuan :
Sukan

Skuad hoki kebangsaan masih belum putus harapan mara ke Olimpik

Sidang media skuad hoki kebangsaan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, Datuk Najmi Razak (tengah) diapit Pengurus Pasukan, Datuk Mirnawan Nawawi (kanan) dan Ketua Jurulatih, Arul Selvaraj. – Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Selepas dikritik hebat susulan prestasi hambar pada saingan Sukan Asia Hangzhou, semangat skuad hoki kebangsaan memburu tiket ke Sukan Olimpik Paris tahun hadapan tetap berkobar-kobar.

Hakikatnya, peluang skuad hoki lelaki negara layak ke Sukan Olimpik 2024 belum terkubur, sebaliknya masih ada, apabila turun dalam aksi kelayakan sama ada di Oman atau Sepanyol yang akan diadakan awal tahun depan.

“Kita akan bermain dalam peringkat kumpulan dan sudah pasti sasaran kita berada di kedudukan kedua terbaik terlebih dahulu dan layak ke separuh akhir.”

Jika menang di separuh akhir dan ke final, slot itu sudah pasti dan jika terkandas, kita akan bermain dalam penentuan untuk tempat ketiga dan keempat.

“Disebabkan itu saya kata peluang pasukan kita masih terbuka dan boleh layak ke Olimpik,” katanya.

Jadual penuh aksi kelayakan Olimpik Paris, awal bulan akan diketahui selepas Sukan Pan Amerika yang akan berlangsung pada 20 Oktober sehingga 5 November

Aksi kelayakan akan  menawarkan enam slot, tiga slot di Oman dan selebihnya di Sepanyol.

Malaysia sebelum ini meletakkan sasaran mara ke Sukan Olimpik secara automatik selaku pemenang  pingat emas Sukan Asia Hangzhou, namun segalanya tidak menjadi kenyataan apabila sekadar menduduki tempat ke-6.

“Pemain memang kecewa selepas tidak layak tapi mereka kena cepat bangkit dan tengok semula perjalanan sebelum ini untuk menaikkan kembali semangat pemain,” kata Ketua Jurulatih Hoki Malaysia, Arul Selvaraj.

“Saya akan melihat kembali kesilapan yang dilakukan secara individu di dalam perlawanan dan kita akan baiki kesilapan itu,” tambahnya.

Aksi kelayakan kali ini lebih terbuka jika dibandingkan dengan sebelum ini, kerana perlawanan diadakan lebih banyak dan adil untuk pasukan yang bertanding.

Bagi meningkatkan kekuatan pasukan dan mendapatkan lawan yang setanding, The Speedy Tigers akan ke New Zealand untuk mengadakan perlawanan persahabatan.

Loading...
Terkini