Tumpuan :
Sukan

Skuad hoki dalam dewan lelaki negara tewas tipis kepada New Zealand

FOTO: Malaysian Hockey Confederation/ Facebook

IPOH: Malaysia yang turun dalam aksi ketiga Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa Piala Sultan Nazrin Shah mengalami kekalahan kedua dalam pusingan liga sepusingan sewaktu menentang New Zealand.

Anak buah Mohd Hanip Che Halim kecundang 1-2 kepada lawan menyebabkan kekal mengumpul tiga mata setakat ini dan menduduki tangga keempat.

Di Stadium Indera Mulia, tuan rumah mendahului menerusi gol pukulan sudut penalti Faridzul Afiq Mohd pada minit kesembilan.

FOTO: Malaysian Hockey Confederation/ Facebook

Namun Symonds Matthew menyamakan keadaan juga dari gerakan sama tujuh minit berselang.

Houlbrooke Isaac ketika permainan berbaki lagi tujuh minit di suku keempat, New Zealand tampil dengan gol kemenangan oleh penyudah padang Houlbrooke Isaac.

Skuad negara dijadual beraksi dalam perlawanan keempat menentang Hong Kong petang ini dengan dua kedudukan teratas saingan disertai enam negara itu bakal menentukan gelaran juara Sabtu ini.

Loading...
Terkini