KUALA LUMPUR: Skuad boling padang kebangsaan muncul juara keseluruhan Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024 di Guernsey.
Kejayaan itu nyata pencapaian luar biasa buat Malaysia di pentas antarabangsa.
Pada kejohanan itu, skuad negara mengakhiri saingan dengan membawa pulang satu emas, satu perak dan satu gangsa sekali gus mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pencapaian terbaik negara di pentas kejohanan dunia.
Atlet Malaysia Nor Farah Ain Abdullah berjaya meraih emas dalam acara individu wanita selepas menewaskan wakil dari Malta, Connie Nixon dengan keputusan 6-2, 6-3.
Malah atlet berusia 23 tahun itu turut membantu pasukan meraih gangsa dalam acara berpasangan campuran bersama Izzat Shameer Dzulkeple selepas tewas 2-9, 3-11 kepada Ray Pearse dan Samantha Atkinson dari Australia di separuh akhir.
Izzat Shameer juga menunjukkan prestasi cemerlang apabila berjaya memasuki pentas final acara individu lelaki sebelum terpaksa akur tewas kepada wakil tuan rumah, Jason Greenslade 5-6, 3-9.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.