Tumpuan :
Sukan

Sivasangari kini di ranking ke-7 dunia

Foto Fail NSTP

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara, S Sivasangari, mencatat pencapaian cemerlang apabila kini berada di kedudukan ranking ketujuh dunia.

Prestasi gemilang itu menjadikannya antara pemain yang berpotensi untuk menjadi sandaran utama Malaysia di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

Bagi Sivasangari, kejayaan ini adalah hasil usaha keras dan dedikasinya selama ini.

“Saya gembira dapat mencapai kedudukan ranking tertinggi setakat ini dengan segala usaha keras yang dilakukan selama ini membuahkan hasil. Saya berharap, selepas ini dapat terus meningkatkan ranking lagi dan melakukan yang lebih terbaik,” katanya.

Baru-baru ini, atlet berusia 25 tahun itu berjaya meraih gelaran pertama tahun ini selepas muncul juara di Piala Cincinnati Gaynor, Amerika Syarikat. Kejayaan itu menunjukkan komitmen dan prestasi konsistennya dalam arena skuasy.

Melihat perkembangan semasa, Sivasangari mempunyai peluang cerah untuk mengikut jejak langkah legenda skuasy negara seperti Datuk Nicol David dan Low Wee Wern dalam menduduki ranking tertinggi dunia serta meraih lebih banyak gelaran.

Sivasangari dijangka akan menyertai dua kejohanan besar bulan depan, iaitu Terbuka New Zealand dan Terbuka Australia, dengan harapan untuk menambah gelaran kedua musim ini dan terus memperkukuh kedudukannya di persada skuasy dunia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini