comscore
Tumpuan :
Sukan

Sivasangari buru gelaran kedua di Hong Kong

Sivasangari ketika menentang Naughton pada pusingan ketiga Terbuka Hong Kong hari ini. – Foto Skuasy Hong Kong

PETALING JAYA: Selepas kejayaan menjuarai  Terbuka Kelab Bola Sepak Hong Kong, Sabtu lalu, S Sivasangari mengekalkan rentak cemerlang mara ke suku akhir Terbuka Hong Kong hari ini.

Pada pusingan ketiga Sivasangari, pemenang pingat emas Sukan Asia Hangzhou itu hanya memerlukan  23 minit bagi mengesahkan  tiket ke kelompok lapan terbaik menewaskan  pemain Kanada, Hollie Naughton, 11-5, 11-5, 11-7

“Saya sangat gembira dengan permainan saya hari ini menentang Hollie yang melakar kemenangan besar sebelum ini (menewaskan pilihan kedua dari Amerika Syarikat, Olivia Weaver di pusingan kedua).

“Sebelum ini bermain di gelanggang biasa, tetapi hari ini bertukar di gelanggang kaca dan ia akan agak mencabar.”Namun, saya berjaya mendapat rentak permainan dan apabila ada peluang saya hanya yakin dengan pukulan-pukulan saya,” katanya kepada Persatuan Skuasy Profesional (PSA) selepas tamat perlawanan.

Sivasangari yang menghuni ranking ke-22 dunia akan berdepan Nele Gilis dari Belgium bagi perebutan tiket ke separuh akhir, esok.

Loading...
Terkini