comscore
Tumpuan :
Sukan

Siapa Lanier? Dia mula jadi sebutan di Badminton Terbuka Jepun

FOTO: Ihsan BWF

PETALING JAYA: Selepas Alex Lanier mengalahkan pemain nombor satu negara Lee Zii Jia 21-18, 21-13 yang mendudukki ranking ke-6 dunia, seawal pusingan pertama Badminton Terbuka Jepun, ramai yang merumuskan itu hanya kemenangan nasib.

Pada pusingan kedua pemain muda Perancis itu semakin menjadi tumpuan apabila menewaskan pula pemain berpengalaman Indonesia  Chico Aura Dwi Wardoyo, 21-14, 21-13.

Malam tadi memasukki pusingan suku akhir, pemain Jepun Kenta Nishimoto yang mendudukki ranking ke-11 dunia pula menjadi mangsa Lanier, 21-14, 21-14.

Menariknya kesemua perlawanan yang dimenangi menerusi permainan terus.

Siapa Lanier? Persoalan itu mula menjadi perbincangan peminat badminton yang lebih mengenali seorang lagi pemain Perancis, Christo Popov yang berada di ranking ke-26 dunia.

Lanier yang berusia 19 tahun itu adalah juara remaja Eropah pada 2022 dan peningkatan ketara ditampilkan pemain yang kini di ranking ke-29 dunia itu apabila menduduki pula tempat ketiga kejuaraan dunia setahun kemudian.

Remaja kelahiran Caen itu berpeluang untuk mencipta sensasi apabila dijadual bertemu pemain nombor satu dunia, Shi Yu Qi pada separuh akhir Terbuka Jepun malam ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini