comscore
Tumpuan :
Sukan

Olimpik Paris: Shazrin Latif pulih daripada kecederaan tangan, Khairulnizam sedia berlumba

MARSEILLE: Skuad negara sudah dua minggu menyesuaikan diri dengan venue pertandingan pelayaran Sukan Olimpik di Marseille, Perancis.

Diwakili masing-masing satu pelayar lelaki dan wanita menerusi Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin Mohd Latif, tidak mustahil kedua-duanya mampu melakar kejutan dalam saingan bermula 28 Julai hingga 8 Ogos nanti.

“Kita buat persiapan awal kita dengan berada di Marseille, venue pertandingan. Latihan bermula sembilan hingga 17 Julai, hampir dua minggu. Jadi atlet boleh sesuaikan dengan baik cuaca sini, angin serta ombak dan harapnya kita akan cuba sehabis baik dalam Olimpik lah.” kata jurulatih Asri Azman yang dihubungi dari sana.

Skuad pelayaran lega dapat menggunakan venue pertandingan Marseille Marina lebih awal serta lama sebelum perlumbaan berlangsung.

Peluang tersebut dimanfaatkan Khairulnizam dan Nur shazrin untuk merasai cabaran serta situasi sebenar semasa beraksi acara ‘single-handed dinghy ilca 7’ dan ‘ilca6’ nanti.

Khairulnizam telah menduduki tempat ke-16 daripada 193 pelayar pada Piala Dunia di Mallorca, Sepanyol pada April serta tempat ke-19 daripada 103 pelayar pada Piala Dunia di Kiel, Jerman bulan lalu.

Shazrin pula sudah pulih dari kecederaan tangan yang dialami semasa saingan terakhir di Hyeres, Perancis menjadikan Olimpik Paris sebagai medan pertamanya selepas empat bulan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini