comscore
Tumpuan :
Sukan

Shah Firdaus, Ridwan tersingkir acara pecut Kejohanan Dunia

Muhammad Shah Firdaus Sahrom tersingkir di pusingan pertama acara pecut individu pada Kejohanan Dunia di Denmark. – Foto MOM

KUALA LUMPUR: Dua pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan adiknya, Muhammad Ridwan Sahrom masing-masing tersingkir di pusingan pertama acara pecut individu pada Kejohanan Dunia di Denmark, hari ini.

Pada perlumbaan yang berlangsung Velodrom Ballerup Super Arena itu, Shah Firdaus terpaksa akur tewas di tangan pelumba Britain, Joseph Truman manakala Ridwan tunduk kepada Yuta Obara dari Jepun.

Terdahulu, Shah Firdaus merakam masa 9.940 saat (s) untuk berada di kedudukan ke-22 daripada 30 pelumba pada pusingan kelayakan.

Catatan masanya itu dianggap jauh berbanding catatan terbaiknya 9.635s yang dilakukan ketika Sukan Olimpik Paris, Ogos lalu.

Ridwan terlepas peluang untuk mencatat masa di bawah 10s buat kali pertama apabila merakam 10.004s untuk berada di kedudukan ke-25 pusingan kelayakan.

Sementara itu, dalam acara 500 meter (m) ujian masa wanita, Nurul Izzah Izzati Asri menamatkan saingan kelayakan di tangga ke-17 dengan catatan 34.548s manakala Anis Amira Rosidi ke-23 (36.044s).

Hanya lapan pelumba terpantas layak ke pentas final. Nurul Izzah dan Anis akan beraksi dalam acara keirin wanita yang dijadual berlangsung, esok.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini