KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail memberi bayangan bahawa ‘sesuatu yang besar’ bakal berlaku dalam Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
-Advertisement-
Perkara itu dinyatakan Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik JDT selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Qatar Sport Investment dan Presiden Paris Saint-Germain, Nasser Al-Khelaifi.
“Adalah satu penghormatan dapat bertemu dengan Pengerusi Qatar Sport Investment dan Presiden Paris Saint-Germain, Nasser Al-Khelaifi. Sesuatu yang besar akan berlaku tidak lama lagi.
“Sesuatu yang belum pernah kami lakukan sebelum ini,” kata Tunku Mahkota Ismail dalam kenyataan di laman X, HRH Crown Prince of Johor.
Kenyatan sama turut disiarkan di laman Facebook rasmi kelab itu, JOHOR Southern Tigers.
Untuk rekod, JDT yang memegang status pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M) mempertahankan kejuaraan Liga Super selama 10 tahun berturut-turut sejak 2014 selain empat kali menjulang Piala FA dan Piala Malaysia.
Terdahulu, Tunku Mahkota Ismail turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino.
Menerusi pertemuan itu, Infantino bersetuju untuk memberikan sokongan kepada Malaysia dalam tiga aspek termasuk dari segi penyelidikan, infrastruktur dan pembangunan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.