comscore
Tumpuan :
Sukan

Separuh akhir Piala Thomas: Zii Jia gagal beri mata pertama

Lee Zii Jia gagal saingi Shi Yu Qi tewas 19-21,5-21 untuk memberi mata pertama buat China pada aksi separuh akhir Piala Thomas di Chengdu, sebentar tadi. – FOTO: Ihsan BAM

PETALING JAYA: Harapan Malaysia memburu mata pertama menerusi Lee Zii Jia berdepan China pada separuh akhir Piala Thomas di Chengdu, tidak kesampaian apabila dia tewas mudah kepada Shi Yu Qi sebentar tadi.

Selepas menampilkan persembahan yang meyakinkan pada set pertama sebelum tewas 19-21, entah di mana silapnya aksi Zii Jia begitu longlai pada set kedua.

Zii Jia yang mendudukki ranking ke-10 dunia,  tampak tenggelam dan serba tidak menjadi dalam menyaingi setiap gerak Yu Qi menyaksikan satu ketika Zii Jia jauh ketinggalan 1-11.

Selain kerap melakukan kesilapan sendiri, kawalan gelanggang kemas dan hantaran yang mengelirukan Yu Qi pemain nombor dunia itu terus menyukarkan Zii Jia.

Yu Qi cuma membiarkan Zii Jia meraih empat mata tambahan sebelum menamatkan set kedua 21-5 pada saingan yang cuma memakan masa 39 minit.

Berlangsung ketika ini beregu pertama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menentang Liang Wei Keng-Wang Chang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini