KUALA LUMPUR: Malaysia menempah slot kedua di separuh akhir Piala Dunia ISTAF 2024 malam ini apabila membenam Singapura 2-0 di fasa lapan terbaik.
Farhan Adam, Mohd Syahir Mohd Rosdi dan Mohd Azlan Alias ternyata berada di kelas tersendiri sebaik memulakan permainan.
Mereka gagal dicabar Mohd Danish Irfan Mohd Faizal, Youri Adli Fathullah Ahmadi dan Kamal Musyarraf Rostam yang terpaksa akur dengan keputusan 15-8.
Kemasukan Mohd Shahalril Aiman Halim selaku perejam juga memberikan impak besar kepada permainan negara disusuli tekong Mohd Haziq Hairul Nizam yang menyudahkan set kedua dengan catatan 15-9.
Skuad bimbingan Ahmad Jais Bahrun melangkah penuh yakin ke pertarungan separuh akhir di Stadium Titiwangsa jam 9.30 malam ini dengan menanti pemenang diantara Myanmar atau Indonesia.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.