Oleh Al Shaiful Nazib Talib
BUKIT JALIL: Kemelut panjang yang melanda arena sukan sepak takraw negara akhirnya menemui noktah penghujungnya.
Selepas pengumuman pembubaran oleh jawatankuasa induk MASTAF, Pejabat Pesuruhjaya Sukan, PJS hari ini turut mengesahkan perkara berkenaan.
Menurut Pesuruhjaya Sukan, Ibrahim Mohd Yusof, pihaknya mengesahkan pembubaran MASTAF berkuatkuasa pada 31 Januari 2023.
“MASTAF ini telah dibubarkan secara rasmilah pada 31 Januari baru-baru ini, kita pun telah memaklumkan status itu kepada pihak MASTAF pada tarikh yang samalah 31 Januari baru-baru ini.
“Jadi, berdasarkan peraturan-peraturan yang ada, maksudnya pada masa ini MASTAF bukanlah badan sukan yang berdaftar di bawah akat sukanlah.
“Ini secara tidak langsung memberi ruang kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) untuk meneruskan hasrat untuk menjadi ahli gabungan di bawah ASTAF dan juga ISTAF”, kata Ibrahim.
“PSM masih lagi berdafar dan kita tidak pernah membatalkan PSM, jadi tiada isulah pendaftaran PSM itu atas Akta Sukan.
“Pihak MASTAF dah maklum kerana mereka tidak mengemukakan keputusan dasar mereka pada Disember, dari segi pengumuman dan pembubaran tu telah dibuat dari awal, jadi ini merupakan proses yang selaras dengan perlembagaan MASTAF dan juga kehendak dalam akta itu sendiri”, tambah Ibrahim.