comscore
Tumpuan :
Sukan

Sepak Takraw Pantai Asia: Vietnam sekat hajat Malaysia ke pentas final

Oleh: Fariz Fikri Zolkarnain

PETALING JAYA: Malaysia gagal  melangkah ke pentas final dalam acara regu Kejohanan Sepak Takraw Pantai Asia 2024 apabila dikalahkan  Vietnam sebentar tadi,

Berlangsung di  Golden Beach Qingdao, China, skuad negara kendalian Mohd Hafizie Manap terlebih dahulu meraih mata pertama apabila menang 15-11.

Bagaimanapun masuk set kedua, Malaysia tidak berjaya meneruskan penguasaan membolehkan Vietnam bangkit dengan kemenangan 15-8 untuk mengheret permainan ke set penentuan.

Aksi di set penentuan semakin mendebarkan apabila Malaysia yang pada satu ketika ketinggalan 1-5 berjaya bangkit mengikat Vietnam untuk kedudukan semasa 5-5.

Namun aksi selepas itu dikuasai Vietnam yang menambah mata demi mata untuk memastikan kemaraan ke final dengan kemenangan 15-11.

Tiada penentuan tempat ketiga dalam acara regu menyaksikan skuad negara akan mengalihkan tumpuan dalam acara trio yang bermula esok.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini