Skuad sepak takraw negara sekali lagi terpaksa berpuas hati dengan pingat perak Piala Raja Thai ke-36 di Korat apabila tewas kepada Thailand pada perlawanan akhir antara regu hari ini.
Pada perlawanan itu, skuad negara dibarisi tekong, Muhammad Syahir Rosdi; perejam, Khairol Zaman Hamir Akbar dan apit kiri, Amirul Zazwan Amir.
Sekalipun berjaya memberi tentangan sengit pada set pertama, Malaysia masih gagal mengatasi regu Thailand yang dibarisi Pornthep Tinbangbon, Siriwat Sakha dan Varayut Jantarasena.
Malaysia tewas 20-22, 17-21.
Khamis ini, skuad sepak takraw negara akan sekali lagi turun ke gelanggang dalam acara berpasukan.
Pada Piala Raja Thai edisi lalu, skuad sepak takraw negara membawa pulang satu pingat emas (acara regu dua sepasukan) dan dua gangsa (acara regu dan regu berpasukan).