comscore
Tumpuan :
Sukan

Olimpik Paris: Sepak takraw berpeluang kembali berstatus sukan teras

PUTRAJAYA: Sukan sepak takraw bakal disenaraikan semula sebagai sukan teras selepas melakar kejayaan berganda dengan memenangi dua pingat emas di saingan Piala Dunia Mei lalu.

Bagaimanapun, perkara itu masih dalam perbincangan Majlis Sukan Negara (MSN) dan keputusannya akan diumumkan selepas tamat Sukan Olimpik Paris 2024 bulan depan.

Status sukan teras itu pada awalnya dibincangkan dalam pertemuan skuad sepak takraw kebangsaan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh semalam.

Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga sedang berusaha menggantikan venue latihan mereka di bukit jalil seperti yang diminta pasukan kebangsaan untuk memiliki dewas khas di kawasan lembah klang.

Sepak takraw antara tiga jenis sukan yang digugurkan dari sukan teras pada tahun 2017 lalu, selain Taekwando dan Angkat berat.

Dalam pertemuan bersama Datuk Seri Anwar semalam, barisan pemain dan jurulatih turut menerima imbuhan RM10,000 seorang susulan kejayaan bersejarah yang dilakar mereka baru-baru ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini