comscore
Tumpuan :
Sukan

Semangat June Wei masih membara

KUALA LUMPUR: Semangat pemain perseorangan lelaki profesional negara, Cheam June Wei masih belum luntur sekalipun dibelenggu dengan kecederaan sejak Julai lalu.

Jelasnya, dia masih optimis mampu layak ke final dalam tiga kejohanan terakhir yang akan disertainya selepas ini.

“Saya akan sertai Super 100 Indonesia, Masters Korea dan Masters India dan saya masih percaya serta menaruh harapan untuk layak ke final dari salah satu kejohanan yang saya sertai itu.

“Sekarang pun saya masih ada sedikit kecederaan yang dialami sejak Julai lalu dan dalam fasa pemulihan. Ia juga bukan sesuatu yang mudah untuk memastikan saya benar-benar bebas dari kecederaan ini,” katanya.

Selain itu, June Wei mengakui agak terkilan apabila gagal mencapai sasaran di Super 100 Malaysia.

“Saya agak kecewa apabila tewas dalam perlawanan ini (semalam) meskipun berjaya menang set pertama tapi tidak boleh kekalkan momentum di set seterusnya.

“Saya sebenarnya sasar untuk layak ke separuh akhir tetapi sedih juga perkara itu tidak terjadi,” katanya.

Terdahulu, dalam pusingan kedua semalam, June Wei tewas kepada wakil Taiwan, Huang Yu Kai dalam perlawanan tiga set, 21-14, 16-21, 18-21.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini