comscore
Tumpuan :
Sukan

Selangor FC rakam kemenangan kedua di pentas Asia

FOTO: Selangor FC/ Facebook

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

KELANA JAYA: Momentum baik di saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) diteruskan Selangor FC apabila menewaskan pendahulu carta kumpulan H, Jeonbuk Hyundai Motors.

Selangor FC memanfaatkan kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri apabila mengatasi lawan 2-1 sekaligus merampas kedudukan teratas.

Ketua pasukan Harith Haikal Adam Afkar dan penyerang kebangsaan Jordan, Ali Olwan meletakkan pasukan selesa mendahului 2-0 hasil penyudah pantas minit (m) 30 dan 32.

Jaringan Kwon Chang Hoon lapan minit berselang kembali memberi harapan kepada anak buah Kim Do-Heon untuk cuba meraih keputusan positif.

Bagaimanapun Skuad bimbingan Mohd Nidzam Jamil itu berjaya mengekang pelawat daripada melakukan kebangkitan pada baki 45 minit permainan.

Kemenangan kedua diraih Selangor FC membolehkan mereka mengumpul tujuh mata selepas mengharungi tiga perlawanan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini