comscore
Tumpuan :
Sukan

Selangor FC raih RM1.4 juta selepas dua aksi ACL2

Foto ihsan Selangor FC

KUALA LUMPUR: Selangor FC meraih RM212,000 sebagai hadiah kemenangan selepas melakar kemenangan ke atas kelab Filipina, Dynamic Herb Cebu FC pada aksi kedua Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), semalam.

SFC sebelum itu sudah menerima RM1.2 juta sebagai imbuhan menyertai saingan peringkat kumpulan ACL2 dan dengan itu, mereka mengaut lebih RM1.4 juta daripada ACL2 setakat ini.

Berdasarkan peruntukan pertandingan dalam ACL2, setiap pasukan yang meraih kemenangan dalam aksi peringkat kumpulan akan membawa pulang RM212,000 sebagai hadiah dan itu tidak termasuk subsidi perjalanan sebanyak RM212,000 bagi setiap perlawanan di tempat lawan.

Justeru, berbaki empat lagi perlawanan di peringkat kumpulan, anak buah Nidzam Jamil berpeluang mengutip sehingga RM847,000 sekiranya menang semua baki empat perlawanan yang sudah pasti membantu mereka layak ke pusingan 16 terbaik.

Insentif kemenangan besar itu sudah pasti akan membakar semangat SFC untuk terus berjuang dan memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan bakal diharungi mereka selepas ini.

Jika berjaya melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik, ganjaran RM339,000 menanti mereka dan imbuhan itu akan bertambah sekali ganda iaitu RM678,000 jika mara sehingga ke suku akhir.

Ganjaran RM1 juta menanti mereka di separuh akhir dan sudah pasti ganjaran lebih lumayan menanti sekiranya mereka meneruskan perjalanan sehingga ke perlawanan akhir ACL2.

Juara ACL2 bagi musim ini akan mendapat hadiah kemenangan RM10.5 juta manakala naib juara akan mendapat RM4.2 juta.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini