Tumpuan :
Sukan

Sejarah Badminton Dunia Sudah Dibetulkan-Chong Wei

KUALA LUMPUR: Legenda perseorangan lelaki negara yang juga pemenang pingat perak tiga kali pada Kejohanan Badminton Dunia, Datuk Lee Chong Wei nyata lega apabila Malaysia juga mampu muncul juara sejak kejohanan itu dianjurkan pada 1977.

Chong Wei berkata, kejayaan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang melakar sejarah sebagai wakil pertama negara yang meraih gelaran juara dunia di Tokyo, Jepun hari ini secara tidak langsung membuktikan kemampuan pemain Malaysia di pentas berprestij itu.

“Sejak tahun 1977, Malaysia telah pun beberapa kali nyaris-nyaris merangkul emas tetapi tidak kesampaian,” tulis Chong Wei dalam satu hantaran menerusi akaun Instagram miliknya. “Peliknya, 11 negara sudah pun digelar juara tetapi bukan Malaysia.

“Percaya tak Sweden, USA dan Singapura dah pernah juara tetapi bukan negara kita. Tapi hari ini, sejarah telah pun dibetulkan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mempamerkan aksi yang menjadi kebangsaan rakyat Malaysia. Terima kasih!.

“Malaysia… we are the CHAMPION!. Terima kasih Aaron/Soh. a very nice Merdeka present for Malaysia National Day!.”

Pada aksi final hari ini, Aaron-Wooi Yik menewaskan beregu berpengalaman Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dengan keputusan 21-19, 21-14 dalam tempoh 40 minit.

Chong Wei sebelum ini pernah berada di pentas final pada 2011 dan 2013 yang menyaksikan diaa tewas di tangan seteru utama dari China, Lin Dan sebelum turut kecundang pada 2015 apabila dikalahkan Chen Long.– BERITA HARIAN

Loading...
Terkini