KUALA LUMPUR: Harapan untuk merevolusikan bola sepak negara perlu disandarkan kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang dilihat memiliki kemampuan untuk merealisasikan hasrat itu.
Dalam satu ciapannya, Tunku Mahkota Ismail turut menafikan pembabitan beliau dengan laman pemantau bakat yang mencari pemain berbakat di luar negara yang memiliki darah ataupun hubungan dengan Malaysia.
“Saya tiada sumber rapat. Saya tak kenal pun orang atau page ni. Saya tiada kaitan dengan sesiapa dan mana mana pihak.
“Saya hanya diminta bantu kerajaan Malaysia, KBS, FAM, dan bekerja dengan pasukan saya sendiri untuk membantu pasukan kebangsaan dalam structure, kemudahan latihan, technology, exposure dan contacts dengan organisasi bolasepak berjaya yang saya kenali.
“Kalau fikir secara rasional dan berdasarkan fakta, I’m the only one you got. Yang lain setakat bercakap, tak sanggup beri financial support dan kenalan mereka pun tak seberapa.
“Saya ada infra, alhamdulillah rezeki, dan contact dengan dunia bolasepak secara global dan berjaya. I’m the only one you got buat masa ini. So suka tak suka, minta maaf,” kata Tunku Mahkota Ismail.
Terdahulu, Tunku Mahkota Ismail mengorak langkah dalam menerajui era baharu untuk Harimau Malaya dengan antara perancangan beliau adalah merombak struktur pasukan kebangsaan.
Ini menyaksikan skuad kebangsaan bakal mendapat sentuhan pengendali dari Australia, Peter Cklamovski yang akan memulakan tugasnya pada 1 Januari 2025.
Bekas pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain dilantik sebagai pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.