MANCHESTER: “Saya beritahu Scott McTominay untuk menjaringkan dua gol,” …
Itu nada bergurau pengurus Manchester United Erik ten Hag apabila diajukan pertanyaan kemenangan dramatik 2-1 pasukannya ke atas Brentford di Old Trafford semalam.
Bagaimanapun selepas perlawanan, McTominay mengaku dia tidak mendengar arahan Ten Hag berikutan suasana hiruk pikuk penonton dan Ten Hag terhibur dengan pengakuan McTominay
United sedar kemenangan amat penting selepas kekalahan berturut-turut kepada Crystal Palace dan Galatasaray pada aksi liga juara-juara.
Percaturan Ten Hag yang memasukkan McTominay menggantikan pemain Maghribi Soyfan Amrabat pada minit ke-87 nyata berbaloi.
Pemain Scotland itu menyamakan kedudukan pada minit ke-93 dan empat minit kemudian menanduk masuk gol kemenangan United.
United sebelum itu nyata cemas apabila pelawat membuka jaringan pada minit ke-26 menerusi Mathias Jensen.
Kemenangan ini menyaksikan United berada di tangga ke-10 mengumpul 12 mata, selepas lapan perlawanan dan perlawanan United selepas ini menentang Sheffiled United di arena lawan 22 Oktober ini.