comscore
Tumpuan :
Sukan

Saya akan pastikan gawang tak bocor – Kalamullah

Foto: KDA FC/ Facebook

ALOR SETAR: Sekiranya dipilih membarisi kesebelasan utama, penjaga gol Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Kalamullah Al-Hafiz bertekad memastikan gawangnya tidak dibolosi pada aksi penting dan terakhir saingan Liga Super menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu Ahad ini

“Saya mahu memastikan gawang tidak dibocori pada aksi kali ini bagi mengelak keciciran mata dan memastikan misi kami mengekalkan kedudukan tangga ketiga musim ini dapat dipertahankan.

“Kami mahu bangkit semula bagi merebut peluang tempat ketiga yang kami tidak boleh bolos lagi bagi memastikan kami mendapat kemenangan atau sekurang-kurangnya seri untuk layak pada kedudukan tiga terbaik Liga Super musim ini, kata Kalamullah pemain kelahiran Kelantan itu.

Kalamullah juga sedar skuadnya perlu menggandakan usaha dalam latihan bagi memastikan tahap mental serta fizikal pemain cukup bersedia bagi berhadapan Sabah FC.

“Memang satu aksi yang dijangka cukup sengit dan mencabar buat kami kerana kita tahu aksi ini di tempat lawan dan skuad Sabah FC ini hanya tewas sekali sahaja pada aksi Liga Super di laman mereka sendiri setakat ini.

“Kita boleh jangkakan keadaan di Sabah nanti pasti cukup mencabar kerana ianya sama seperti cabaran yang kita pernah tempuh ketika menentang Selangor tempoh hari untuk perebutan kedudukan tempat kedua.

“Saya perlu betul-betul fokus, perbaiki setiap kelemahan dan memastikan persefahaman yang terbaik bersama barisan pemain pertahanan untuk memastikan misi pasukan di hujung musim tercapai sekaligus meningkatkan lagi prestasi saya bersama pasukan,” katanya.

Apa yang pasti Kedah tidak mahu kekecewaan berulang selepas gelaran naib juara Liga Super musim ini  terlepas kepada Selangor  susulan kekalahan 0-1  Kedah di Stadium Darulaman pada perlawanan kedua-dua pasukan  2 Disember lalu.

Loading...
Terkini